Pada suatu hari,
kelihatan seorang wanita muda berpakaian korporat di KLIA,
wanita tersebut bakal menaiki penerbangan ke Singapore atas urusan pekerjaan,
malangnya,
penerbangannya bakal berlepas 3 jam lagi,
"apa mahu dIbuat selama 3 jam ? "
Lalu, dia bercadang
untuk membeli sebuah majalah dan sebungkus biskut,
di ruangan tunggu VIP,
duduknya wanita tersebut membaca majalah,
beberapa inci daripada tempat duduknya ada sebuah meja dan sebungkus biskut,
wanita tersebut mengambil sekeping biskut,
diambilnya juga pemuda tersebut sekeping biskut,
wanita tersebut merasa geram,
tetapi hanya mendiamkan dirinya sahaja,
wanita tersebut mengambil lagi,
begitu juga Si pemuda itu,
wanita tersebut masih mendiam seribu bahasa,
sampailah tinggal biskut yang terakhir,
wanita tersebut menunggu tindakan pemuda tersebut,
pemuda tersebut mematahkan biskut tersebut kepada dua bahagian,
diambilnya separuh,
dan ditinggalkannya separuh,
wanita tersebut berang lalu berlalu pergi tanpa sepatah kata pun
pemuada itu hanya terdiam,
dengan langkah bak arnab dalam perlumbaan,
wanita itu segera ke boarding room,
setelah menunggu sekian lama,
dibukanya beg tangan bagi mengambil cermin matanya,
Alangkah terkejutnya dia,
dilihatnnya masih ada sebungkus biskut didalam begnya,
ini menunjukkan bahawa ,
yang dimakannya tadi bukan kepunyaannya,
tetapi Si pemuda,
malu tahap maksima menyelubungi hati,
dia begitu marah tadi kepada si pemuda ,
kerana difikirnya dia bahawa biskut itu kepunyaannya,
berbeza dengan si pemuda yang tidak langsung merasa marah
sedangkan wanita itu memakan haknya
lihatlah wahai teman,
wanita tersebut telah tersalah memarahi Si pemuda,
sedangkan biskut itu bukan miliknya,
Allah maha memiliki segalanya,
mengapa harus kita mengkufuri nikmatnya ?
sedarlah wahai teman....
berkongsilah setiap apa yang anda miliki,
kerana itu bukan milik ANDA !
SEKIAN SAHAJA CERITA RINGKAS..
semoga dapat mengambil pengajaran



