Sunday, October 31, 2010

Pada suatu hari,
kelihatan seorang wanita muda berpakaian korporat di KLIA,
wanita tersebut bakal menaiki penerbangan ke Singapore atas urusan pekerjaan,
malangnya,
penerbangannya bakal berlepas 3 jam lagi,
"apa mahu dIbuat selama 3 jam ? "
Lalu, dia bercadang
 untuk membeli sebuah majalah dan sebungkus biskut,
bagi menemaninya selama 3 jam itu,
di ruangan tunggu VIP,
duduknya wanita tersebut membaca majalah,
beberapa inci daripada tempat duduknya ada sebuah meja dan sebungkus biskut,
kelihatan juga seorang pemuda lingkungan 20an sedang mendengar muzik,


wanita tersebut mengambil sekeping biskut,
diambilnya juga pemuda tersebut sekeping biskut,
wanita tersebut merasa geram,
tetapi hanya mendiamkan dirinya sahaja,
wanita tersebut mengambil lagi,
begitu juga Si pemuda itu,
wanita tersebut masih mendiam seribu bahasa,
sampailah tinggal biskut yang terakhir,
wanita tersebut menunggu tindakan pemuda tersebut,
pemuda tersebut mematahkan biskut tersebut kepada dua bahagian,
diambilnya separuh,
dan ditinggalkannya separuh,
wanita tersebut berang lalu berlalu pergi tanpa sepatah kata pun
pemuada itu hanya terdiam,
dengan langkah bak arnab dalam perlumbaan,
wanita itu segera ke boarding room,
setelah menunggu sekian lama,
wanita itu menaiki kapal terbang MAS untuk ke Singapore,


dibukanya beg tangan bagi mengambil cermin matanya,
Alangkah terkejutnya dia,
dilihatnnya masih ada sebungkus biskut didalam begnya,
ini menunjukkan bahawa ,
yang dimakannya tadi bukan kepunyaannya,
tetapi Si pemuda,
malu tahap maksima menyelubungi hati,
dia begitu marah tadi kepada si pemuda ,
kerana difikirnya dia bahawa biskut itu kepunyaannya,
berbeza dengan si pemuda yang tidak langsung merasa marah
sedangkan wanita itu memakan haknya

lihatlah wahai teman,
wanita tersebut telah tersalah memarahi  Si pemuda,
sedangkan biskut itu bukan miliknya,
Allah maha memiliki segalanya,
mengapa harus kita mengkufuri nikmatnya ?
sedarlah wahai teman....
berkongsilah setiap apa yang anda miliki,
kerana itu bukan milik ANDA !



SEKIAN SAHAJA CERITA RINGKAS..
semoga dapat mengambil pengajaran

No comments:

Post a Comment

FOrmulA inDIVIdu CEMERlang.....


-tamadun islam pada suatu masa dahulu amat maju dalam pelbagai bidang. Algebraic, astronomi, ubat-ubatan dan pelbagai lagi telah berjaya dikuasai mereka.Mengapa mereka yang dahulunya kekurangan pelbagai kemudahan, mampu untuk melakukan perubahan pada dunia ?? Mengapa bukan kita yang hidup di zaman serba moden dan canggih ini ?? Ketahuilah sejauh mana kemampuan kita. Kita mampu MENGGEGARKAN DUNIA kerana kita adalah seorang ISLAM !!


3 FORMULA INDIVIDU CEMERLANG.


1-Kenali potensi dan kehebatan diri.

- barat mengiktiraf ISLAM dalam pelbagai aspek. Pelbagai formula dan pengetahuan bermula dari ISLAM. Kenali sejarah ISLAM dahulu dan kita mampu untuk menjadi individu cemerlang.


- namun begitu, malangnya, keunggulan umat islam tidak kekal kerana sekarang sudah bermulanya PERANG SARAF (perang saraf otak) yang dilakukan oleh masyarakat yahudi untuk menjatuhkan ISLAM. Kehidupan yang berteraskan YAHUDI, bermatlamatkan NASRANI , cara MAJUSI membawa kepada cintakan dunia....ISLAM apakah namanya itu? Boleh ke sifat cinatakan dunia tersebut membawa kita kepada penghasilan individu cemerlang ?? Lu PIKIRLAH sendiri...

-
" Kita merupakan golongan yang dimuliakan ALLAH dengan ISLAM. Apabila kita mencari kemuliaan dengan cara hidup yang lain dari islam, ALLAH akan menimpakan kehinaan terhadap kita"-umar al-khatab



2-Meledakan takqwa.

BELON BIASA V.S BELON HELIUM ??

apa kaitannya dengan taqwa ?? . Pada zahirnya, kedua-duanya adalah belon,tetapi yang membezakan sifat material kedua-duanya adalah batinnya yang terisi gas yang berlainan jenis. Gas helium mampu membawa belon pergi lebih jauh, manakala gas biasa..TIDAK. Itulah konsep taqwa. Taqwa yang bertahap ekstrem mampu membawa kita pergi lebih jauh, terokai dunia ALLAH dan sebagainya. Taqwalah yang membezakan setiap hati-hati manusia.


3-Menaik taraf bidang ilmu

-" kaya ilmu pengetahuan membantu kita untuk misi penaklukan dunia "- izziani

-jika kau fikirkan kau boleh, kau pa
sti boleh melakukan...jika kau fikirkan ragu-ragu usahamu tidak menentu

- set dunia as your target to conquer.


- ilmu tanpa amal umpama pokok tidak berbuah

maksudya: kita x memberi makna apa2 kepada masyarakat mahupun negara jika x mempunyai ilmu atau x membuat sesuatu dengan ilmu tersebut.Jalankanlah Kerja2 DAKWAH, cegahlah kemungkaran depan mata.


- tingkatkanlah ilmu di dada untuk mewarisi generasi cemerlang.


w
wassalam...